26.4.12

kawasan ekonomi bruuuu.....

KANGAR, 24 Dis - Dengan terbangunnya bandar Putra Height di Kok Klang dekat sini menjelang 2015 ia dijangka menjadi pemangkin baru kepada pertumbuhan sektor ekonomi di Perlis, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Berucap melancarkan projek perumahan bandar baru Putra Heights pada Sabtu beliau berkata usaha membangunkan bandar tersebut dapat dihasilkan menerusi pembinaan campuran 2,500 unit rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Md Isa yakin projek yang dimajukan dengan kos lebih RM600 juta itu lengkap dengan pusat konvensyen, hotel bertaraf lima bintang, gelanggang sukan, pasaraya besar dan kompleks perdagangan akan menjadi kawasan tumpuan. Katanya, projek perumahan moden tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada 2015 dibangunkan oleh Anggerik Wangi (Perlis) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju perumahan beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Apabila siap nanti projek berkenaan menjadi bahagian penting kepada bandar baru Putra Height, yang terletak dalam kawasan dewan undangan negeri Chuping dengan kira-kira 10,000 orang penghuni. Rumah yang akan dibangunkan di Putra Height ditawarkan pada harga antara RM60,000 hingga RM200,000.

26.3.12

!!!kerosakan versus kecelakaan!!!


<ARAU>

Sejak kebelakangan ini, melalui pemerhatian penulis, Jalan Arau yang berdekatan dengan Pasaraya Cmart menjadi semakin sesak, terutama ketika waktu kemuncak, iaitu waktu pagi.....daripada foto ini, kita dapat lihat bahawa pihak berwajib dalam proses untuk membaiki saluran paip bawah tanah....namun dengan keadaan jalan yang sempit, ditambah pula dengan 'divider' sementara ini, keadaan jalan raya menjadi tidak teratur dan sesak....tambahan pula dua lampu isyarat tidak berfungsi berikutan kerja-kerja yang dilakukan...dengan kerosakan lampu isyarat ini, keadaan akan bertambah buruk dimana kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku bila-bila masa..pada masa yang sama, jalan ini menjadi tumpuan utama kenderaan berat keluar masuk...dan yang paling membimbangkan, pelajar sekolah yang menggunakan jalan tersebut....apa yang penulis perhatikan, walaupun sudah hampir sebulan berlalu, keadaan jalan masih seperti tidak terurus...begitu juga lampu isyarat yang masih lagi tidak berfungsi.....



<BATU PAHAT>


Jalan raya rosak, berlubang dan sebagainya merupakan perkara yang selalu berlaku dimana-mana....kadangkala ianya memudaratkan, kadangkala tidak....namun kita mestilah sentiasa mengambil langkah berjaga2....terutamanya dengan fizikal jalan yang mempunyai lubang besar yang mampu membuatkan kenderaan anda terbabas......batu-batu kecil yang bergelimpangan di atas jalan raya yang berturap mampu menyebabkan kemalangan kepada penuggang basikal atau motosikal akibat hilang keseimbangan....kenderaan berat seperti lori terutamanya, yang menjadikan Jalan Batu Pahat dan Abi Batas Paip sebagai jalan utama untuk berulang-alik membawa muatan daripada kuari batu merupakan antara faktor berlakunya kejadian seperti ini....pemandu lori membawa muatan batu yang terlalu banyak sehingga menyebabkan batu-batu jatuh daripada lori.....ini amat membahayakan kenderaan yang mengikuti belakang lori dimana kemungkinan batu-batu yang jatuh itu mampu menyebabkan cermin kenderaan pecah, sekaligus membahayakan nyawa orang lain.....

<ABI BATAS PAIP>

sumber: kamera sendiri

~sampah-sarap virus alam sekitar~

Penulis begitu sedih sekali melihat keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dek kerana sifat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.....pembuangan sampah di merata-rata tempat!!! Itulah realiti hari ini yang begitu hangat diperkatakan di media massa....Kuala Perlis ialah kawasan yang paling 'glamour' dengan sampah-sarapnya di merata tempat jika dibandingkan dengan kawasan lain....penulis tidak mahu mempersalahkan penduduk Kuala Perlis semata-mata.... disebabkan kurang nilai kesedaran dalam diri segelintir masyarakat, alam sekitar yang menghijau ini menjadi mangsa tanpa sebab....sesetengah manusia sanggup membawa sampah mereka daripada rumah untuk dibuang di tepi jalan, terutamanya di kawasan yang sunyi...walhal, pihak perbandaran sudah menyediakan banyak tong sampah besar di tepi jalan untuk kegunaan penduduk....sayang sekali, tong-tong ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya...kadangkala, penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai mengambil jalan mudah dengan melempar segala sampah-sarap mereka kedalam sungai....air sungai yang dulunya bersih, kini menjadi hitam dan kotor...secara tidak langsung, saluran air dan longkang akan tersumbat...ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat....jadi, tidak wajarlah kita mempersoalkan kenapa berlakunya bencana alam di perlis seperti banjir kerana semuanya berpunca daripada kita sendiri...

<sumber: kamera sendiri>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...