Lapan beranak di Taman Merpati, di sini, hampir termuntah
apabila menemui bangkai cicak terjulur keluar dari botol kicap digunakan bagi
menambah perisa nasi goreng untuk hidangan makan malam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangkai cicak sepanjang dua
sentimeter itu terkeluar daripada botol kicap soya pekat ketika seorang guru,
Norazura Arip, 32, menuangnya di atas senduk bagi menggoreng nasi.
Norazura berkata, kicap itu sudah hampir habis digunakan bagi menambah perisa pelbagai masakan di rumahnya sejak dibeli dari sebuah kedai runcit di Pasar Borong, dekat sini, sebulan lalu.
Menurutnya, keluarganya sudah menggunakan kicap berharga RM4.80
sebotol mengandungi bangkai cicak sejak sebulan lalu dan sudah banyak masakan
menggunakan kicap itu dengan yang terakhir ketika menggoreng nasi untuk
hidangan makan malam.
0 comments:
Post a Comment