26.4.12

kawasan ekonomi bruuuu.....

KANGAR, 24 Dis - Dengan terbangunnya bandar Putra Height di Kok Klang dekat sini menjelang 2015 ia dijangka menjadi pemangkin baru kepada pertumbuhan sektor ekonomi di Perlis, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Berucap melancarkan projek perumahan bandar baru Putra Heights pada Sabtu beliau berkata usaha membangunkan bandar tersebut dapat dihasilkan menerusi pembinaan campuran 2,500 unit rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Md Isa yakin projek yang dimajukan dengan kos lebih RM600 juta itu lengkap dengan pusat konvensyen, hotel bertaraf lima bintang, gelanggang sukan, pasaraya besar dan kompleks perdagangan akan menjadi kawasan tumpuan. Katanya, projek perumahan moden tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada 2015 dibangunkan oleh Anggerik Wangi (Perlis) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju perumahan beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Apabila siap nanti projek berkenaan menjadi bahagian penting kepada bandar baru Putra Height, yang terletak dalam kawasan dewan undangan negeri Chuping dengan kira-kira 10,000 orang penghuni. Rumah yang akan dibangunkan di Putra Height ditawarkan pada harga antara RM60,000 hingga RM200,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...