26.4.12

kawasan ekonomi bruuuu.....

KANGAR, 24 Dis - Dengan terbangunnya bandar Putra Height di Kok Klang dekat sini menjelang 2015 ia dijangka menjadi pemangkin baru kepada pertumbuhan sektor ekonomi di Perlis, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Berucap melancarkan projek perumahan bandar baru Putra Heights pada Sabtu beliau berkata usaha membangunkan bandar tersebut dapat dihasilkan menerusi pembinaan campuran 2,500 unit rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Md Isa yakin projek yang dimajukan dengan kos lebih RM600 juta itu lengkap dengan pusat konvensyen, hotel bertaraf lima bintang, gelanggang sukan, pasaraya besar dan kompleks perdagangan akan menjadi kawasan tumpuan. Katanya, projek perumahan moden tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada 2015 dibangunkan oleh Anggerik Wangi (Perlis) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju perumahan beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Apabila siap nanti projek berkenaan menjadi bahagian penting kepada bandar baru Putra Height, yang terletak dalam kawasan dewan undangan negeri Chuping dengan kira-kira 10,000 orang penghuni. Rumah yang akan dibangunkan di Putra Height ditawarkan pada harga antara RM60,000 hingga RM200,000.

26.3.12

!!!kerosakan versus kecelakaan!!!


<ARAU>

Sejak kebelakangan ini, melalui pemerhatian penulis, Jalan Arau yang berdekatan dengan Pasaraya Cmart menjadi semakin sesak, terutama ketika waktu kemuncak, iaitu waktu pagi.....daripada foto ini, kita dapat lihat bahawa pihak berwajib dalam proses untuk membaiki saluran paip bawah tanah....namun dengan keadaan jalan yang sempit, ditambah pula dengan 'divider' sementara ini, keadaan jalan raya menjadi tidak teratur dan sesak....tambahan pula dua lampu isyarat tidak berfungsi berikutan kerja-kerja yang dilakukan...dengan kerosakan lampu isyarat ini, keadaan akan bertambah buruk dimana kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku bila-bila masa..pada masa yang sama, jalan ini menjadi tumpuan utama kenderaan berat keluar masuk...dan yang paling membimbangkan, pelajar sekolah yang menggunakan jalan tersebut....apa yang penulis perhatikan, walaupun sudah hampir sebulan berlalu, keadaan jalan masih seperti tidak terurus...begitu juga lampu isyarat yang masih lagi tidak berfungsi.....



<BATU PAHAT>


Jalan raya rosak, berlubang dan sebagainya merupakan perkara yang selalu berlaku dimana-mana....kadangkala ianya memudaratkan, kadangkala tidak....namun kita mestilah sentiasa mengambil langkah berjaga2....terutamanya dengan fizikal jalan yang mempunyai lubang besar yang mampu membuatkan kenderaan anda terbabas......batu-batu kecil yang bergelimpangan di atas jalan raya yang berturap mampu menyebabkan kemalangan kepada penuggang basikal atau motosikal akibat hilang keseimbangan....kenderaan berat seperti lori terutamanya, yang menjadikan Jalan Batu Pahat dan Abi Batas Paip sebagai jalan utama untuk berulang-alik membawa muatan daripada kuari batu merupakan antara faktor berlakunya kejadian seperti ini....pemandu lori membawa muatan batu yang terlalu banyak sehingga menyebabkan batu-batu jatuh daripada lori.....ini amat membahayakan kenderaan yang mengikuti belakang lori dimana kemungkinan batu-batu yang jatuh itu mampu menyebabkan cermin kenderaan pecah, sekaligus membahayakan nyawa orang lain.....

<ABI BATAS PAIP>

sumber: kamera sendiri

~sampah-sarap virus alam sekitar~

Penulis begitu sedih sekali melihat keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dek kerana sifat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab.....pembuangan sampah di merata-rata tempat!!! Itulah realiti hari ini yang begitu hangat diperkatakan di media massa....Kuala Perlis ialah kawasan yang paling 'glamour' dengan sampah-sarapnya di merata tempat jika dibandingkan dengan kawasan lain....penulis tidak mahu mempersalahkan penduduk Kuala Perlis semata-mata.... disebabkan kurang nilai kesedaran dalam diri segelintir masyarakat, alam sekitar yang menghijau ini menjadi mangsa tanpa sebab....sesetengah manusia sanggup membawa sampah mereka daripada rumah untuk dibuang di tepi jalan, terutamanya di kawasan yang sunyi...walhal, pihak perbandaran sudah menyediakan banyak tong sampah besar di tepi jalan untuk kegunaan penduduk....sayang sekali, tong-tong ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya...kadangkala, penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai mengambil jalan mudah dengan melempar segala sampah-sarap mereka kedalam sungai....air sungai yang dulunya bersih, kini menjadi hitam dan kotor...secara tidak langsung, saluran air dan longkang akan tersumbat...ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat....jadi, tidak wajarlah kita mempersoalkan kenapa berlakunya bencana alam di perlis seperti banjir kerana semuanya berpunca daripada kita sendiri...

<sumber: kamera sendiri>


24.3.12

Tapak pelupusan baru dibuka 2014!!!


Penduduk yang menghadapi pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah di Padang Siding, di sini diminta bersabar kerana masalah itu akan selesai apabila tapak baru di Rimba Mas, Titi Tinggi, dekat sini dibuka pada 2014.
Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail berkata, kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk dan atas sebab itu, tapak pelupusan baru tersebut akan dibuka lebih cepat dari tarikh yang dirancang.
Syed Razlan berkata, projek tapak pelupusan sampah baru seluas 29,87 hektar terletak di kawasan yang hanya dikelilingi ladang getah dan berdekatan kuari batu kapur dengan jarak lima kilometer dari kediaman penduduk.
Malah menurut, Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr. Amar Hassan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini memberitahu, kira-kira 70 penduduk dari Kampung Tunggang, Padang Siding dekat sini berkumpul untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan masalah berhubung pencemaran bau di tapak pelupusan sampah tersebut.
Penduduk itu bukan sahaja menghadapi masalah pencemaran bau malah mula dijangkiti penyakit kulit.Wakil penduduk M. Marimuthu telah menyerahkan memorandum itu kepada Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk diserahkan nanti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

23.3.12

OOHHH KiCAp BAngKAiiii !!!


Lapan beranak di Taman Merpati, di sini, hampir termuntah apabila menemui bangkai cicak terjulur keluar dari botol kicap digunakan bagi menambah perisa nasi goreng untuk hidangan makan malam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu terkeluar daripada botol kicap soya pekat ketika seorang guru, Norazura Arip, 32, menuangnya di atas senduk bagi menggoreng nasi.

Norazura berkata, kicap itu sudah hampir habis digunakan bagi menambah perisa pelbagai masakan di rumahnya sejak dibeli dari sebuah kedai runcit di Pasar Borong, dekat sini, sebulan lalu.
Menurutnya, keluarganya sudah menggunakan kicap berharga RM4.80 sebotol mengandungi bangkai cicak sejak sebulan lalu dan sudah banyak masakan menggunakan kicap itu dengan yang terakhir ketika menggoreng nasi untuk hidangan makan malam.

TeRiMa BaNtUaN PaDi....


Seramai 29 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambun Tulang menerima bantuan projek estet padi bagi meningkatkan tanaman masing-masing di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Datuk Mahmud Mat di Arau, Perlis baru-baru ini.
Kesemua peserta menerima antara RM1,900 sehingga RM28,000 daripada keseluruhan jumlah RM158,264 berdasarkan RM2,000 bagi setiap sehektar keluasan sawah yang dikerjakan di bawah skim estet padi tersebut.
Para peserta PPK terbabit adalah dari Kampung Seri Gelam, Kampung Long Boh, Kampung Che Ok, Sungai Baru Utan Aji dan Tambun Tulang Timur yang mengerjakan seluas 80 hektar sawah.
Bantuan disumbangkan oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Datuk Seri Shahidan Kassim dan turut dihadiri oleh Pengerusi PPK Tambun Tulang, Azit Yusuf.

NyaWa IsTeRiKu !!


KANGAR: “Sebelum kemalangan meragut nyawa isteri, seorang penunggang motosikal turut cedera selepas melanggar belakang treler terbabit yang diletakkan di tepi jalan sejak petang kelmarin,” kata Mat Kasa Man, 55, suami kepada Che Nab Hassan, 51, yang terbunuh selepas motosikalnya merempuh belakang treler berkenaan.Kemalangan itu begitu menyayat hati kerana mangsa baru kira-kira 15 minit keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja dan sebaik tiba di tempat kejadian, suaminya hanya mampu melihat mayat wanita itu terbujur kaku di belakang kenderaan berat berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam, Che Nab meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya merempuh treler yang diletakkan di tepi jalan dipercayai akibat tayar pancit di Kilometer 14, Jalan Kangar-Alor Setar, dekat sini.Ibu kepada tiga anak berusia 21 hingga 28 tahun itu cedera parah di kepala dan bekerja di sebuah gerai makan di depan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini.


Mat Kasa berkata, pemandu kenderaan itu sepatutnya meletakkan tanda amaran kerana lokasi tempat kejadian gelap dan berbahaya kepada pengguna jalan yang melalui jalan berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kenderaan berkenaan membawa muatan tar dipercayai rosak sebelum diletakkan pemandunya di tepi jalan sejak kelmarin.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HTF untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Wanita tertua nak kawin lagi??


      Begitulah hasrat seorang wanita tertua di negeri Perlis ,Puan Ahmad yang berusia 116 tahun yang hendak mencari teman untuk mengisi kesunyian hidup berseorangan. Puan menjelaskan kepada media bahawa kehidupan sehariannya agak bosan kerana duduk berseorangan dan ingin mencari calon suaminya yang tinggal berdekatan dengan tenpat tinggalnya iaitu di Padang Keria. 

     Puan Ahmad mendapat perhatian daripada media apabila berlakunya salah faham nombor kad pengenalan .Oleh itu, umurnya tertukar kepada belasan tahun tetapi melalui semakan JPN , dia telah diiktirafkan sebagai perempuan yang tertua di negeri ini.

19.3.12

RM300 JUTA aTaSi MaSaLah BaNjIr!!!


      Kerajaan negeri Perlis kini sedang giat mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. 

tanah sawah yang sudah tidak berharga


Jika dilihat pada gambar yang tertera ini, pasti anda tertanya-tanya apakah tempat ini sebenarnya...Anda teka???....Pada asalnya ini ialah kawasan sawah padi yang terbentang luas yang terletak berdekatan Bukit Kubu, Kuala Perlis....tanah sawah ini sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi untuk mengeluarkan hasil padi...Tetapi, disebabkan oleh sejenis rumput/ lalang yang tumbuh terlalu banyak dan dalam keadaan yang tidak terkawal, ini telah menyebabkan, padi menjadi tidak subur lagi...rumput-rumput liar ini menggangu tumbesaran pokok padi dan ekosistem di sawah terbabit....untuk menghapuskan semak-samun ini, ianya memerlukan kos yang tinggi..tambahan pula, kawasan yang terlibat agak luas dan kebarangkalian rumput ini akan tumbuh semula amat tinggi.....secara tidak langsung, ianya tidak memberikan manfaat, malahan menambahkan lagi kerugian pada benih padi.....itulah antara salah satu sebab kawasan ini sudah lama terbiar....untuk menjadikan tempat ini sebagai tapak rumah agak mustahil kerana terdedah dengan ancaman bahaya bintang berbisa seperti ular dan bermacam lagi...

                                                        <sumber: kamera sendiri>


~taufan melanda~

<Sumber: Kak Edayu >

Pada awal bulan Mac yang lalu, ribut taufan telah melanda di beberapa kawasan di Perlis...Antaranya ialah di kawasan Bintong, iaitu Kg Nesam...menurut penduduk Kg. Nesam, ribut yang datang secara tiba-tiba ini telah meranapkan atap beberapa buah rumah penduduk kampung terbabit...namun, menurut orang ramai, tiada kecederaan yang dialami oleh mangsa yang terbabit....Ribut ini berlaku ketika lewat petang dimana keadaan cuaca yang tidak menentu yang kadangkalanya diselang seli dengan petir dan hujan yang lebat....Tambahan pula, Negeri Perlis sering mengalami banjir lebih daripada sekali dalam setahun....Keadaan cuaca sebegini amat membimbangkan penduduk Negeri Perlis. 

16.3.12

oh lagi lagi kawasan terbiar!!!


Beberapa hari yang lepas, ketika penulis ke Kuala Perlis, secara tidak sengaja penulis terlihat beberapa buah kilang lama yang terbiar....kawasan kilang yang terbiar itu seperti tidak mempunyai pemilik dibiarkan begitu sahaja sehingga ditumbuhi semak samun.....apa yang membimbangkan disini ialah jika kawasan itu menjadi sarang penagih dadah....dimana secara tidak langsungnya akan memberikan impak negatif kepada anak-anak muda di negeri ini...


1.3.12

jom p jeti!!

Kerajaan negeri bercadang membangunkan tempat letak kenderaan bertingkat di sekitar jeti Kuala Perlis bagi mengurangkan kesesakan dan kekurangan kawasan meletak kenderaan di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar, Ahmad Bakri Datuk Ali (BN- Kayang) berkata, pelaksanaan projek itu akan dibuat di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) melalui penglibatan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan Kementerian Pelancongan.

Katanya, kerajaan negeri sedia maklum mengenai masalah pengusaha haram tempat letak kenderaan di jeti Kuala Perlis yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

"Pelbagai usaha dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuk perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha haram terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Ahmad Bakri, MPK turut mengadakan perjumpaan dengan pengusaha menguruskan tempat letak kereta di kawasan Kuala Perlis iaitu syarikat Secure Parking Sdn. Bhd. (Secure Parking).
"Beberapa persetujuan awal telah pun dicapai dengan pihak-pihak terlibat dan MPK akan mengadakan perjumpaan semula dengan pihak berkenaan untuk memastikan segala persetujuan yang telah dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.


Mengenai kerja-kerja naik taraf jeti Kuala Perlis, beliau berkata, peruntukan berjumlah RM5 juta daripada Kementerian Pengangkutan telah bermula pada 12 November 2008 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun tahun lalu.

Antara yang dinaik taraf adalah pembinaan surau lelaki dan perempuan, 40 unit tandas, kaunter tiket, pembaikan struktur bawah bangunan, bilik VIP, pendawaian semula elektrik, pembaikan bumbung bangunan, pembaikan sistem pembetungan dan kerja-kerja mengecat dinding bangunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...