24.3.12

Tapak pelupusan baru dibuka 2014!!!


Penduduk yang menghadapi pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah di Padang Siding, di sini diminta bersabar kerana masalah itu akan selesai apabila tapak baru di Rimba Mas, Titi Tinggi, dekat sini dibuka pada 2014.
Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail berkata, kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk dan atas sebab itu, tapak pelupusan baru tersebut akan dibuka lebih cepat dari tarikh yang dirancang.
Syed Razlan berkata, projek tapak pelupusan sampah baru seluas 29,87 hektar terletak di kawasan yang hanya dikelilingi ladang getah dan berdekatan kuari batu kapur dengan jarak lima kilometer dari kediaman penduduk.
Malah menurut, Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr. Amar Hassan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini memberitahu, kira-kira 70 penduduk dari Kampung Tunggang, Padang Siding dekat sini berkumpul untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan masalah berhubung pencemaran bau di tapak pelupusan sampah tersebut.
Penduduk itu bukan sahaja menghadapi masalah pencemaran bau malah mula dijangkiti penyakit kulit.Wakil penduduk M. Marimuthu telah menyerahkan memorandum itu kepada Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk diserahkan nanti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

23.3.12

OOHHH KiCAp BAngKAiiii !!!


Lapan beranak di Taman Merpati, di sini, hampir termuntah apabila menemui bangkai cicak terjulur keluar dari botol kicap digunakan bagi menambah perisa nasi goreng untuk hidangan makan malam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu terkeluar daripada botol kicap soya pekat ketika seorang guru, Norazura Arip, 32, menuangnya di atas senduk bagi menggoreng nasi.

Norazura berkata, kicap itu sudah hampir habis digunakan bagi menambah perisa pelbagai masakan di rumahnya sejak dibeli dari sebuah kedai runcit di Pasar Borong, dekat sini, sebulan lalu.
Menurutnya, keluarganya sudah menggunakan kicap berharga RM4.80 sebotol mengandungi bangkai cicak sejak sebulan lalu dan sudah banyak masakan menggunakan kicap itu dengan yang terakhir ketika menggoreng nasi untuk hidangan makan malam.

TeRiMa BaNtUaN PaDi....


Seramai 29 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambun Tulang menerima bantuan projek estet padi bagi meningkatkan tanaman masing-masing di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Datuk Mahmud Mat di Arau, Perlis baru-baru ini.
Kesemua peserta menerima antara RM1,900 sehingga RM28,000 daripada keseluruhan jumlah RM158,264 berdasarkan RM2,000 bagi setiap sehektar keluasan sawah yang dikerjakan di bawah skim estet padi tersebut.
Para peserta PPK terbabit adalah dari Kampung Seri Gelam, Kampung Long Boh, Kampung Che Ok, Sungai Baru Utan Aji dan Tambun Tulang Timur yang mengerjakan seluas 80 hektar sawah.
Bantuan disumbangkan oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Datuk Seri Shahidan Kassim dan turut dihadiri oleh Pengerusi PPK Tambun Tulang, Azit Yusuf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...