24.3.12

Tapak pelupusan baru dibuka 2014!!!


Penduduk yang menghadapi pencemaran bau dari tapak pelupusan sampah di Padang Siding, di sini diminta bersabar kerana masalah itu akan selesai apabila tapak baru di Rimba Mas, Titi Tinggi, dekat sini dibuka pada 2014.
Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail berkata, kerajaan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk dan atas sebab itu, tapak pelupusan baru tersebut akan dibuka lebih cepat dari tarikh yang dirancang.
Syed Razlan berkata, projek tapak pelupusan sampah baru seluas 29,87 hektar terletak di kawasan yang hanya dikelilingi ladang getah dan berdekatan kuari batu kapur dengan jarak lima kilometer dari kediaman penduduk.
Malah menurut, Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr. Amar Hassan yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini memberitahu, kira-kira 70 penduduk dari Kampung Tunggang, Padang Siding dekat sini berkumpul untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan masalah berhubung pencemaran bau di tapak pelupusan sampah tersebut.
Penduduk itu bukan sahaja menghadapi masalah pencemaran bau malah mula dijangkiti penyakit kulit.Wakil penduduk M. Marimuthu telah menyerahkan memorandum itu kepada Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk diserahkan nanti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...