23.3.12

NyaWa IsTeRiKu !!


KANGAR: “Sebelum kemalangan meragut nyawa isteri, seorang penunggang motosikal turut cedera selepas melanggar belakang treler terbabit yang diletakkan di tepi jalan sejak petang kelmarin,” kata Mat Kasa Man, 55, suami kepada Che Nab Hassan, 51, yang terbunuh selepas motosikalnya merempuh belakang treler berkenaan.Kemalangan itu begitu menyayat hati kerana mangsa baru kira-kira 15 minit keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja dan sebaik tiba di tempat kejadian, suaminya hanya mampu melihat mayat wanita itu terbujur kaku di belakang kenderaan berat berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam, Che Nab meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya merempuh treler yang diletakkan di tepi jalan dipercayai akibat tayar pancit di Kilometer 14, Jalan Kangar-Alor Setar, dekat sini.Ibu kepada tiga anak berusia 21 hingga 28 tahun itu cedera parah di kepala dan bekerja di sebuah gerai makan di depan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini.


Mat Kasa berkata, pemandu kenderaan itu sepatutnya meletakkan tanda amaran kerana lokasi tempat kejadian gelap dan berbahaya kepada pengguna jalan yang melalui jalan berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kenderaan berkenaan membawa muatan tar dipercayai rosak sebelum diletakkan pemandunya di tepi jalan sejak kelmarin.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HTF untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...